Mesti ada di antara anda pernah
mengunjungi pusat akuarium di Aquria KLCC, di Kuala Lumpur. Tetapi itu
akuarium yang mempunyaipartition di antara akuarium yang lain. Tetapi
kali ini kami ingin menunjukkan gambar akuarium paling terbesar di
dunia. Ia mempunyai struktur binaan kaca yang besar setinggi menara dan
dibina dengan kos bernilai jutaan dollar. Jom kita lihat gambar akuarium
terbesar dunia di bawah ini.
Selasa, 18 September 2012
10 lubang terbesar di dunia
Ini adalah tanda kekuasaan Allah SWT. Di
sini terdapat lubang yang merupakan buatan manusia dan juga akibat dari
salah satu bencanayang menimpa penduduk di sana. Antaranya lubang besar
di Guatemala. . Sama ada ia Great Blue Hole of Belize, Mirny Diamond
Mine of Siberiaatau Burning Gates of Turkmenistan, semua ini berjaya
menarik perhatian ramai pelancong dari seluruh pelusuk dunia untuk
merakam kenangan kenangan dari lubang yang luar biasa ini. Jom lihat
gambar di bawah ini.
INFO cara menghilangkan perut buncit
7 Cara Kempiskan Perut Buncit
1. Minum air masak yang banyak.Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Langganan:
Komentar (Atom)